Tuesday 20 December 2011

Blogger-tools (alatan bagi bloggers)

,

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca,

Seperti yang telah diperkatakann oleh azam sendiri pada beberapa hari yang lalu tentang Servis penghantaran mesej `blog walking` secara percuma di shoutbox dengan menggunakan sistem yang telah azam bina sendiri. Akhirnya sistem itu telah siap dalam 80 peratus dan sedia untuk dilepaskan kepada umum terutamanya kepada bloggers yang baru bagi mencuba sistem yang telah azam bina ini, azam sendiri pun tak cukup tidur semata-mata untuk mensiapkan sistem ini, sekarang mata dah bengkak :D.

Laman web blogger-tools:

www.bgt00ls.com

Berikut adalah beberapa informasi dan huraian tentang kegunaan shoutbox blogwalking blogger-tools:


Blogger-tools menawarkan anda servis penghantaran mesej kepada beberapa pengguna shoutbox seperti shoutmix, cbox di malaysia ini bagi menolong mempromosikan blog anda denga had limit 30 shoutbox setiap hari, jumlah had limit shoutbox adalah mengikut jumlah kredit yang anda punyai di akaun anda.

Niat kami hanyalah untuk membantu kepada semua blogger-blogger yang masih baru lagi di dalam dunia blogging di malaysia ini untuk mempromisikan blog masing-masing bagi mendapat trafik blog walking yang mudah tanpa perlu melakukan blog walking di satu-satu blog setiap masa.

Pihak blogger-tools tidak akan bertanggungjawap dengan apa yang berlaku disebabkan oleh pengguna anda sendiri, kami hanya memberikan servis ini untuk kemudahan anda bagi mempromosikan blog anda dengan cara blog walking di shoutbox.

Alatan ini akan menghantar mesej anda secara rawak di mana-mana shoutbox atau cbox kepunyaan dan pemiliknya datang daripada malaysia sahaja. Dengan itu, blog anda akan mendapat trafik daripada malaysia sahaja.

Sebelum sistem kami menghantar mesej anda kepada shoutbox, pihak pentadbir laman blogger-tools akan perlu mengesahkan bahawa tiada salah guna atau spamming dilakukan ke atas sistem kami, oleh itu tiap kali anda menghantar permintaan ini, pihak pentadbir secara manual akan mengesah dan meluluskan permintaan anda.

Hanya mesej, url, nama yang baik sahaja akan diterima oleh pihak kami, bagi mengelak daripada berlaku spamming dan kebencian oleh pemilik shoutbox lain yang akan di hantar oleh sistem kami.



Pembaca hanya perlu mendaftarkan akaun di http://www.bgt00ls.com/ dan log masuk ke email anda untuk mendapatkan link/pautan pengesahan aktif akaun anda dan boleh mencuba servis yang telah azam berikan kepada pembaca semua (maafkan azam kerana terpaksa menghantar email pengesahan kepada pembaca bagi mengelaknya berlaku spamming atau salah guna).

Setakat ini, hanya azam sahaja yang mentadbir dan menjaga laman sesawang bgt00ls.com tersebut dan hanya azam sahaja akan `sah` dan `lulus` kan setiap permintaan blog walking di laman web berkenaan.

Azam perlukan pandangan, komen pembaca bagi menolong azam bagi memperbaiki lagi sistem ini untuk jadi lebih baik.

Berkenaan dengan kredit, sistem azam akan secara automatik `topupkan` sebanyak 30 kredit ke akaun pembaca setiap pukul 12 malam. Jadi pembaca tidak perlu risau akan `pembayaran` atau `penjualan` sistem ini, azam buat semua ini hanyalah untuk percuma sahaja :).

Terima kasih.

5 comments to “Blogger-tools (alatan bagi bloggers)”

  • 21 December 2011 at 22:14
    Anis Anisa says:

    bagus la mereka semua ni...

    delete
  • 24 December 2011 at 18:45
    Lia_key says:

    salam kenal..
    kunjungi blog ku ya http://mal-amal.blogspot.com/

    delete
  • 28 December 2011 at 18:50
    Anonymous says:

    can you follow me in my blog http://crossiny.blogspot.com
    i hope that you viit my blog and follow me thank you

    delete
  • 2 January 2012 at 05:05
    BaronBross says:

    salam bro...sabar menanti akhirnya siap juga sistem ni...berminat ni..juaraemastulen@gmail.com(013-7456544)

    delete
  • 30 July 2013 at 15:24

    wah kayaknya sangat menarik nih...

    delete

Post a Comment

 

Mohd Azam Blog Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger