Thursday 22 December 2011

Servis Shoutbox percuma daripada FiBox.my

,

FiBox merupakan salah satu shoutbox online yang percuma untuk digunakan. Fibox telah dibina dan dicipta oleh orang Malaysia sendiri, kagum kan? Dan, yang lebih menariknya lagi, orang yang mencipta fibox ini adalah bangsa dan orang melayu sendiri, bukan setakat melayu je, siap dengan agama Islam lagi tu. Hehe, nampaknye dah maju orang melayu kita sekarang sampai boleh buat shoutbox sendiri.

Dengan banyak lagi fungsi menarik daripada fibox yang tak ada dalam shoutbox lain-lain kat internet ni, fibox baru lagi launchkan kepada umum untuk pada 10 disember 2011 yang lalu sedia untuk dicuba dan diuji oleh pengguna internet.

Pada enteri kali ini, azam akan melakukan review terhadap fibox ini, dari segi  kelebihan, keunikan, dan keburukkannya kepada pembaca semua.

Laman web fibox: http://www.fibox.my/

Contoh yang terdapat dalam blog azam.


Sebelum itu, azam ada menghubungi sendiri pencipta dan ahli-ahli developer fibox untuk menanyakan  fungsi-fungsi yang menarik terdapat di dalam fibox ini, berikut adalah huraian yang menarik hasil daripada soal jawap di antara azam dan pencipta fibox tersebut.

Antara kelebihan yang azam boleh nampak kat fibox ini adalah seperti berikut:

Real time chat
Tidak seperti shoutbox yang lain, fibox memberikan fungsi `real time` atau `live` chat itu secara percuma kepada semua pengguna tanpa perlu mengenakan sebarang bayaran.
Maksudnya adalah fibox ini memberikan fungsi `real time` ataupun dalam bahasa melayunya adalah `secara langsung`.

Contohnya adalah jika pembaca cuba hantarkan apa-apa komen atau shout kepada shoutbox itu, shoutbox itu akan terus menghantar teks pembaca telah hantarkan kepada pelayan fibox secara `live` dan dapat diperlihatkan secara terus oleh semua pembaca atau pelawat shoutbox yang melihat atau membuka shoutbox itu pada ketika itu tanpa melakukan refresh tiap 1 atau 2 saat untuk memaparkan mesej yang baru.

Percuma
Setakat ini, setahu azam fibox tidak mengenakan apa-apa bayaran bagi menggunakan shoutbox di fibox ini kepada semua pengguna. Dengan pelbagai fungsi yang menarik, fibox masih lagi percuma untuk digunakan oleh orang ramai.

Pantas dan Laju
Buat masa sekarang, azam dah pasang fibox di blog azam sendiri dan mencubanya buat beberapa kali untuk menguji tahap kelajuan dari segi penerimaan dan penghantaran mesej shoutbox tersebut, dan ternyata, servis shoutbox yang fibox berikan ini adalah sangat terbaik dan laju untuk memaparkan apa-apa shout yang baru.

Fungsi jumlah pelawat di talian
Selain daripada fungsi `real time chat`, fibox juga menambah dan meletakkan fungsi `total online user` bagi melihat berapa ramai ahli atau pelawat yang sedang melihat shoutbox tersebut secara di dalam talian(online) dan live.

Fungsi lain-lain
Sama seperti shoutbox lain-lain, fibox juga mempunyai fungsi emoticon smiley, bbcode, avatar dan lain-lain. Tidak lupa juga dengan fungsi `bad word filter` bagi menghalang pelawat daripada shout perkataan yang tidak sesuai untuk dipaparkan shoutbox kepada umum. Tetapi fungsi itu mungkin akan ditambah oleh pencipta fibox tersebut suatu hari nanti dan masih lagi dalam perancangan.


Keburukan Fibox
Setakat ini azam tidak boleh mengatakan dan mencari sebarang keburukan terhadap fibox, kerana bagi azam, fibox amatlah menarik dan unik. Lebih-lebih lagi dengan penciptannya sendiri adalah berbangsa melayu dan beragama islam pula, Azam berbangga kerana akhirnya orang melayu juga mampu untuk lakukan benda ini semua. Alhamdulilah dunia IT di malaysia ini telah berkembang maju :).
Read more

Tuesday 20 December 2011

Blogger-tools (alatan bagi bloggers)

,

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pembaca,

Seperti yang telah diperkatakann oleh azam sendiri pada beberapa hari yang lalu tentang Servis penghantaran mesej `blog walking` secara percuma di shoutbox dengan menggunakan sistem yang telah azam bina sendiri. Akhirnya sistem itu telah siap dalam 80 peratus dan sedia untuk dilepaskan kepada umum terutamanya kepada bloggers yang baru bagi mencuba sistem yang telah azam bina ini, azam sendiri pun tak cukup tidur semata-mata untuk mensiapkan sistem ini, sekarang mata dah bengkak :D.

Laman web blogger-tools:

www.bgt00ls.com

Berikut adalah beberapa informasi dan huraian tentang kegunaan shoutbox blogwalking blogger-tools:


Blogger-tools menawarkan anda servis penghantaran mesej kepada beberapa pengguna shoutbox seperti shoutmix, cbox di malaysia ini bagi menolong mempromosikan blog anda denga had limit 30 shoutbox setiap hari, jumlah had limit shoutbox adalah mengikut jumlah kredit yang anda punyai di akaun anda.

Niat kami hanyalah untuk membantu kepada semua blogger-blogger yang masih baru lagi di dalam dunia blogging di malaysia ini untuk mempromisikan blog masing-masing bagi mendapat trafik blog walking yang mudah tanpa perlu melakukan blog walking di satu-satu blog setiap masa.

Pihak blogger-tools tidak akan bertanggungjawap dengan apa yang berlaku disebabkan oleh pengguna anda sendiri, kami hanya memberikan servis ini untuk kemudahan anda bagi mempromosikan blog anda dengan cara blog walking di shoutbox.

Alatan ini akan menghantar mesej anda secara rawak di mana-mana shoutbox atau cbox kepunyaan dan pemiliknya datang daripada malaysia sahaja. Dengan itu, blog anda akan mendapat trafik daripada malaysia sahaja.

Sebelum sistem kami menghantar mesej anda kepada shoutbox, pihak pentadbir laman blogger-tools akan perlu mengesahkan bahawa tiada salah guna atau spamming dilakukan ke atas sistem kami, oleh itu tiap kali anda menghantar permintaan ini, pihak pentadbir secara manual akan mengesah dan meluluskan permintaan anda.

Hanya mesej, url, nama yang baik sahaja akan diterima oleh pihak kami, bagi mengelak daripada berlaku spamming dan kebencian oleh pemilik shoutbox lain yang akan di hantar oleh sistem kami.



Pembaca hanya perlu mendaftarkan akaun di http://www.bgt00ls.com/ dan log masuk ke email anda untuk mendapatkan link/pautan pengesahan aktif akaun anda dan boleh mencuba servis yang telah azam berikan kepada pembaca semua (maafkan azam kerana terpaksa menghantar email pengesahan kepada pembaca bagi mengelaknya berlaku spamming atau salah guna).

Setakat ini, hanya azam sahaja yang mentadbir dan menjaga laman sesawang bgt00ls.com tersebut dan hanya azam sahaja akan `sah` dan `lulus` kan setiap permintaan blog walking di laman web berkenaan.

Azam perlukan pandangan, komen pembaca bagi menolong azam bagi memperbaiki lagi sistem ini untuk jadi lebih baik.

Berkenaan dengan kredit, sistem azam akan secara automatik `topupkan` sebanyak 30 kredit ke akaun pembaca setiap pukul 12 malam. Jadi pembaca tidak perlu risau akan `pembayaran` atau `penjualan` sistem ini, azam buat semua ini hanyalah untuk percuma sahaja :).

Terima kasih.
Read more

Sunday 18 December 2011

Servis penghantaran mesej `blog walking` secara percuma di shoutbox

,


Selamat pagi kepada semua pembaca :)

Maafkan azam kerana telah beberapa hari menyepi menghilangkan diri, buat masa sekarang azam sedang menyiapkan projek terbaru daripada azam sendiri, iaitu `servis menghantar mesej blog walking secara percuma di seluruh shoutbox`.

Apa yang azam maksudkan disini adalah, azam akan mencipta satu applikasi yang dibina khas untuk menghantar mesej blog walking pembaca secara automatik tanpa perlu menghantar kepada satu-satu shoutbox yang ada di blogger lain. Dengan itu, servis azam berikan ini akan membantu serba sedikit pembaca untuk menolong mempromosikan blog pembaca.

Sama seperti blog walking biasa, pembaca akan perlu memasukkan nama, url blog, dan juga teks yang ingin disampaikan ketika blog walking dijalankan, dan pembaca hanya memasukkan semua itu hanya sekali sahaja dan sistem azam akan melakukan semuanya untuk pembaca secara automatik, tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada azam terlebih untuk `approved` dan menjalan kan applikasi itu bagi mengelakkan spam dan salah guna.

Percaya atau tidak, azam sendiri sudah mencuba applikasi yang ada bina ini, dan, hasilnya:

Carta bagi trafic blog azam


Walaupun azam baru lagi membuka blog ini dalam masa dua hari, tetapi, cuba lah lihat hasilnya yang azam dapat sekarang, hari demi-hari trafik dan jumlah pengunjung di blog azam semakin meningkat, azam hanya mampu melihat dan buat perkara lain yang jauh lebih penting :).

Buat masa sekarang, azam cuma menghadkan sebanyak 30 shoutbox sahaja untuk menghantar mesej `blog walking` pembaca kepada senarai shoutbox yang ada.

Insyallah azam akan melepaskannya tidak lama lagi kepada umum untuk dicuba :)

Update
Alhamdulilah, dalam masa 2 hari blog azam di cipta, azam boleh mendapat lebih daripada 1 ribu pelawat dengan menggunakan applikasi yang azam bina ini:

Read more

Friday 16 December 2011

Facebook Timeline ditetapkan kepada semua pada 22/Disember/2011

,


Facebook telah mengumumkan bahawa facebook akan mengubah dan menetapkan fungsi profil berbentuk timeline sebagai reka bentuk yang tetap kepada semua pengguna akaun di facebook pada 22/disember 2011 ini, iaitu 5 hari daripada enteri ini ditulis.

Pengasas facebook, Mark Zuckerberg berkata, banyak fungsi yang baru telah ditambah pada profil timeline dan banyak perbezaan daripada fungsi profil yang sediakala sekarang.

Fungsi facebook profil timeline juga lebih mengsasarkan kepada `real time history book`, iaitu salah satu fungsi untuk merekod dan melihat segala aktiviti sejak kita masih lagi kecil dan sejak pertama kali kita mencipta akaun facebook.

Untuk keterangan lanjut tentang facebook timeline, pembaca boleh melihat antara fungsi menariknya disini:

https://www.facebook.com/about/timeline
Read more

Kiriman pertama daripada azam

,

Hai dan assalamualaikum Azam ucapkan kepada pembaca yang beragama islam dan selamat sejahtera kepada pembaca bukan beragama islam.

Pertama sekali, Azam ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca kerana melawat halaman blog azam ini yang tidak seberapa dan masih lagi mentah di dalam dunia blogger. Azam membina blog ini untuk menulis berita terkiri tentang dunia IT di seluruh alam maya ini. Dan Azam juga akan melakukan pelbagai review yang menarik perhatian pembaca untuk menggunakan sesuatu produk buatan orang malaysia sendiri di dalam blog ini.

Azam juga akan menolong mempromosikan produk buatan orang malaysia di kalangan blogger-blogger di malaysia ini, Azam harap dengan sedkit review daripada azam, dunia IT di malaysia ini lebih lagi maju dan berkembang dan dipandang oleh negara barat dengan kehebatan ilmu penduduk di malaysia ini di dalam dunia IT.



Read more
 

Mohd Azam Blog Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger